"Dengan memilih sihat daripada kurus,
anda memilih sayang diri daripada menilai
diri."
-Steve Maraboli-
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan blog ini termasuklah pensyarah KQK 1051 saya, Madam Hasmah Hassan.
Merupakan anak jati Johor berketurunan Jawa, nama diberi Nur Diniha Hadhirah Binti Zainal. Nama "Dini" membawa maksud "agamaku", manakala "Hadhirah" bermaksud "cantik" ataupun "mengagumkan". Saya merupakan anak kesembilan daripada sepuluh orang adik-beradik, dimana saya digelar "Puteri Bongsu" daripada lapan orang puteri. Saya juga merupakan pelajar KPM yang mengambil kos Diploma in English Communication, IDI23-03, dari kelas DEC 2A.
Selain daripada membaca, saya menikmati penjagaan diri dan kesihatan sebagai rutin harian saya. Saya amat menitikberatkan berkenaan tentang kemajuan diri dimana saya memfokuskan pemakanan, gaya hidup, senaman harian dan juga sumber pendapatan sampingan.
Sebagai seorang pelajar, penjagaan diri dan kesihatan adalah antara keutamaan dalam menuntut ilmu. Di samping mendapatkan tidur yang cukup, pemakanan juga adalah elemen utama dalam penjagaan kesihatan. Saya kerap memfokuskan tentang penjagaan makanan saya. Jadi, saya menulis blog ini bertujuan menanam kesedaran pada para pembaca tentang pentingnya menjaga pemakanan. Saya juga sertakan kata-kata indah seorang penulis terkenal dari Perancis iaitu :
"Makan adalah satu keperluan, tetapi
makan dengan bijak adalah satu seni."
-La Rochefoucauld-
Disertakan bersama poster saya mengenai "Calorie Deficit". Poster di bawah sedikit sebanyak menerangkan berkenaan jumlah kalori setiap makanan yang ditunjukkan :
VIDEO
Pandangan saya mengenai projek ini :
Alhamdulillah dengan limpah Rahmat dan kurnia-Nya
dapat saya dan rakan-rakan menyelesaikan projek aerodance ini. Sepanjang
berlangsungnya latihan dan perakaman video, saya mendapati kerjasama
berkumpulan berjalan dengan jayanya. Setiap ahli kumpulan melibatkan diri
secara kerap dalam proses menyusun tarian, menyusun lagu dan menetapkan posisi.
Melalui tugasan ini juga, kami dapat mengenali satu sama lain dan juga memupuk
sikap toleransi.
Ya, tidak mudah untuk melakukan kerja berkumpulan. Kadangkala
terdapat juga sedikit konflik dalaman mahupun ketidaksefahaman, namun ahli kumpulan
masih dapat melakukan tugas dengan baik. Oleh kerana saya satu-satunya ahli
yang tidak menetap di asrama, saya juga mendapati ianya agak sukar untuk
menjayakan projek ini kerana kekangan waktu. Namun begitu, saya amat berterima
kasih kepada setiap ahli kumpulan saya yang amat memahami situasi saya. Mereka
banyak membantu saya dalam menyesuaikan waktu dan juga dalam proses mengajar
saya perkara yang terdapat dalam perbincangan tanpa saya. Tempoh empat minggu
menjayakan projek ini amatlah mengajar kami erti sabar dan semangat berpasukan.
Pada akhir projek, saya mendapati hasil titik peluh
kami amat memuaskan meskipun terdapat banyak rintangan yang kami lalui. Setiap
ahli kumpulan berjaya menunjukkan kerjasama dan usaha mereka menghafal setiap gerak-geri.
Walaupun terdapat juga sedikit bahagian yang kami agak lalai dan sedikit
terlupa, namun saya amat berpuashati kerana ahli kami Berjaya melakukannya
dengan baik.
Akhir kata, saya mengharapkan usaha yang lebih lagi
daripada pihak saya sendiri kerana kekangan masa bukanlah satu alasan untuk
saya tidak menyertai setiap perbincangan berkumpulan. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih sekali lagi pada ahli kumpulan saya, tanpa mereka
siapalah saya.



Hai awek
ReplyDelete